EUR/USD Catat 130 Pips Penurunan, Trend Mingguan Kekal Bearish

1,194

Matawang Euro masih diniagakan lemah berbanding US dolar pada minggu ini dengan kebimbangan terhadap ekonomi zon Eropah yang semakin meningkat akibat penularan wabak COVID-19.

Itali kekal sebagai negara dengan kematian kes coronavirus tertinggi manakala Sepanyol dan Perancis semakin pantas mencetak angka kes jangkitan dan juga jumlah kematian. Itali dan Jerman kini telah melanjutkan lagi perintah sekatan pergerakan di negara masing-masing dan akan diikuti oleh negara lain.

Zon Eropah semakin berada di ambang kemerosotan dan Suruhanjaya Eropah sedang sedaya upaya untuk mempelbagaikan langkah pelonggaran antaranya program “corona-bonds” untuk menyokong ekonomi.

Justeru, matawang Euro dilihat berisiko dalam pasaran dengan bergerak mendatar berbanding US dolar yang turut tidak menentu menjelang laporan pekerjaan NFP pada Jumaat di samping kebimbangan penularan wabak COVID-19 yang teruk di Amerika Syarikat.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD dilihat mendatar namun kecenderungan harga menurun sepanjang minggu dengan dagangan Euro lebih lemah berbanding US dolar.

Pada dagangan Rabu semalam, harga mencatatkan penurunan sekitar 130 pips dari paras halangan Moving Average 50 (MA50) ke paras terendah sekitar 1.0900 sebelum menutup dagangan sesi New York di paras sekitar 1.0970.

Pergerakan harga pada sesi Asia mendatar di bawah paras 1.0970 dan juga berada lebih rendah dari paras halangan dinamik MA50 yang menunjukkan trend masih bearish.

Jika penurunan harga diteruskan, harga berkemungkinan menuju paras 1.0880 menguji zon RBS (resistance become support) tersebut sebelum turun lebih rendah sekitar paras 1.0800.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, zon SBR (support become resistance) 1.1000 akan diuji sebelum harga meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Paras ketinggian minggu ini pada sekitar 1.1140 akan menjadi destinasi tumpuan untuk kenaikan seterusnya yang lebih tinggi.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat