EUR/USD Cuba Nak Teruskan Kenaikan, Tapi Ada ‘Benda’ Halang!

186

Pergerakan pasaran kekal bercampur menuju penghujung minggu membuatkan para pelabur terus berhati-hati mengawal risiko dagangan masing-masing.

Walaupun cuba diredakan dengan beberapa berita yang dilaporkan, namun kebimbangan terhadap krisis perbankan masih terus menyelubungi pasaran waktu ini.

US dolar dilihat sedikit mengukuh berbanding beberapa mata wang utama terutamanya Yen, namun kekal lemah berbanding dolar Kanada.

Pergerakan arah harga sukar ditentukan dan pelabur akan bertambah waspada menjelang terbitan beberapa data tumpuan seperti inflasi Jerman dan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Mata wang Eropah juga mendatar dengan pengukuhan Euro ke atas US dolar turut dibendung pada sesi New York semalam ketika US dolar dilihat sedikit mengukuh.

Pada carta harga pasangan EUR/USD, harga dilihat telah membuat kenaikan di sesi Eropah mencapai ketinggian 1.08700, namun kembali ditekan semula di sesi berikutnya.

Pengukuhan semula US dolar telah menekan harga ke sekitar 1.08250 sebelum mendatar menutup dagangan sesi New York sekitar 1.08400.

Walaupun penurunan dipaparkan, namun harga dilihat masih bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD menunjukkan pergerakan bullish harga masih valid.

Jika pergerakan harga pada hari ini masih berjaya meneruskan lagi kenaikan, masih lagi sasaran pada ketinggian minggu lalu sekitar 1.09300 akan menjadi tumpuan untuk dicapai.

Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan pula akan mensasarkan rintangan penting yang berada pada 1.10000.

Sebaliknya, jika harga mula berubah arah menunjukkan corak penurunan, pelabur akan menyaksikan harga susut di bawah sokongan MA50 sebelum menuju ke paras 1.08000.

Kemudiannya, penurunan akan diteruskan lebih rendah dengan jangkaan mencecah zon tumpuan seterusnya pada 1.07000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat