Ketiadaan data-data ekonomi penting yang menjadi tumpuan di awal minggu semalam telah menyukarkan pelabur untuk menilai arah yang jelas pergerakan pasaran.
US dolar dilihat gagal untuk menyambung corak pengukuhan pada minggu lalu apabila alami penyusutan khususnya di sesi New York semalam.
Namun penganalisis masih meletakkan jangkaan terhadap pengukuhan semula US dolar dengan potensi yang masih ada berdasarkan faktor-faktor semasa yang sedang menyokongnya.
Meneliti carta pasangan mata wang EUR/USD, harga yang mendarat di paras 1.05000 pada Khamis lalu telah paparkan pergerakan mendatar di penghujung minggu sehingga bersambung ke awal minggu semalam.
Di penghujung sesi New York, harga telah membuat kenaikan menghampiri paras rintangan pada 1.06000 sebelum mendatar di sekitar tersebut menyambung pembukaan sesi Asia pagi ini (Selasa).
Namun terdapat isyarat awal bagi perubahan trend apabila harga mula bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.
Sekiranya kenaikan harga diteruskan melepasi paras 1.06000, harga dijangkakan untuk dipacu naik lebih tinggi ke paras tumpuan sebelum ini seperti pada 1.07000 atau 1.08000.
Namun jika tidak berjaya kenaikan diteruskan, harga berisiko jatuh semula untuk kembali hampiri support 1.05000.
Pengukuhan US dolar yang dilanjutkan boleh mendorong harga susut ke paras terendah terbaru lagi menuju sasaran tumpuan berikutnya sekitar 1.04000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG