Sentimen pasaran telah berubah?
Mengejutkan pelabur pada dagangan Selasa semalam apabila US dolar yang bergerak lemah sepanjang minggu lalu sehingga bersambung di awal minggu ini, mula pamerkan pengukuhan semula yang lebih ketara pada sesi New York semalam.
Hal ini berikutan lonjakan hasil pulangan bon Amerika Syarikat (AS) didorong prospek pemulihan ekonomi dan potensi peningkatan pada kadar inflasi.
Indeks US dolar kembali melonjak dari paras terendah 3 minggu dan raja mata wang itu berjaya mengatasi semula dagangan berbanding mata wang utama yang lain dalam pasaran.
Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang utama EUR/USD semalam, harga berjaya meneruskan kenaikan ke paras tertinggi 3 minggu apabila menjengah zon resistance 1.21500-1.21800 pada sesi Eropah.
Peningkatan tersebut disokong oleh sentimen ekonomi Eropah dengan bacaan angka yang diterbitkan positif.
Namun, sesi New York kembali melihatkan pengukuhan semula US dolar dan menekan harga lebih rendah dari zon resistance tersebut.
Penurunan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam membuatkan pelabur berwaspada terhadap kebarangkalian untuk perubahan trend harga.
Bersambung pada dagangan sesi Asia pada Rabu, harga menyambung penurunan ke zon RBS (resistance become support) 1.20900-1.20550.
Zon tersebut akan diuji untuk menyokong semula kenaikan harga bagi menyambung trend kenaikan pada minggu lalu.
Kenaikan semula harga sekali lagi akan menguji zon resistance yang dicapai semalam dengan jangkaan untuk meneruskan kenaikan ke paras ketinggian bulanan terbaru menuju 1.22500.
Sebaliknya, jika harga terus jatuh lebih rendah, harga dilihat akan menuju ke paras tumpuan 1.2000 sebelum penurunan seterusnya ke paras support 1.19500.
Pelabur akan memberi perhatian terhadap data jualan runcit AS yang akan diterbitkan pada sesi New York malam ini dan akan mempengaruhi pergerakan US dolar.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI