Dengan berbaki beberapa minggu lagi sebelum pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS), pelabur mula berwaspada terhadap dagangan US dolar susulan perkembangan kesihatan Donald Trump selepas disahkan positif Covid-19 minggu lalu.
Di samping itu juga, laporan data pekerjaan NFP AS yang diterbitkan Jumaat lalu tidak begitu memberangsangkan dengan bacaan yang agak bercampur.
Walaupun kadar pengangguran menunjukkan penurunan di AS, namun purata upah per jam merosot berbanding jangkaan peningkatan oleh pasaran.
Pertambahan pekerjaan pula mencatatkan 661,000 lebih rendah berbanding jangkaan penurunan kepada 900,00 untuk bulan September.
Kesan penyusutan US dolar dapat dilihat pada permulaan dagangan pada minggu ini di sesi Asia.
Pada carta harga bagi pasangan matawang EUR/USD, harga telah pamerkan kenaikan sebaik sahaja sesi dagangan bermula dengan peningkatan sekitar 30 pips setakat jam 11 pagi waktu tempatan.
Harga dilihat menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga untuk memberikan petunjuk arah pergerakan yang lebih jelas.
Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan dijangka akan ke zon tumpuan sebelum ini di sekitar bawah paras 1.18000. Kenaikan lebih tinggi minggu ini berpotensi menuju semula ke paras 1.19000.
Namun jika harga kembali ditekan lebih rendah berkemungkinan dengan pengukuhan semula US dolar, harga bakal melepasi paras 1.17000 dan juga paras support minggu lalu.
Penurunan lebih rendah dilihat akan menjadikan zon support 1.16100 sebagai destinasi sasaran seterusnya.
Pantau juga perkembangan ekonomi di Eropah dan juga ucapan oleh Presiden ECB, Christine Lagarde untuk petunjuk arah pergerakan bagi matawang Euro.
Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI