EUR/USD Dah ‘Ready’ Untuk Pacak Lagi Tinggi?

705

Matawang US dolar terus melemah pada pembukaan pasaran minggu ini sebelum sedikit merundum pada penghujung sesi New York semalam dan bersambung ke sesi Asia hari ini (Selasa).

Namun krisis yang dialami oleh Evergrande pada ketika ini masih lagi menghantui pelabur yang memberi isyarat sentimen pasaran risk-off dan dalam masa yang sama boleh memberi sokongan kepada matawang safe-haven USD.

Pelabur juga kekal berwaspada terhadap penerbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada penghujung minggu ini yang menjadi tumpuan Federal Reserve (Fed) dan akan mempengaruhi keputusan untuk pengetatan dasar (tapering).

Memantau kepada carta harga pasangan matawang EUR/USD, pergerakan harga telah pun meningkat sehingga ke paras 1.16400 pada sesi New York semalam di kala kelemahan USD.

Manakala menuju ke penghujung sesi New York semalam dan bersambung sehingga sesi Asia hari ini (Selasa), harga dilihat sedikit merundum untuk kembali menguji zon RBS (resistance become support) 1.16000.

Akan tetapi pergerakan harga dilihat masih lagi kekal mempamerkan corak uptrend dan sekali gus sedang membentuk HL (higher low) yang terbaharu.

Jika harga terus mengekalkan trend kenaikan, zon SBR (support become resistance) 1.17000 masih menjadi zon tumpuan untuk dinilai oleh para pelabur bagi memantau jangkaan pergerakan harga selanjutnya.

Lonjakan yang lebih agresif berkemungkinan bakal melihat pergerakan harga kembali menuju ke zon SBR yang tertinggi sekitar 1.18000 dan mencipta paras tertinggi terbaharu 2 minggu.

Namun tidak mustahil juga sekiranya USD kembali mengukuh, penurunan harga dijangka akan menguji semula paras terendah 2021 yang dicapai pada minggu lalu sekitar paras 1.15700.

Penurunan ke paras terendah itu secara tidak langsung bakal mencatas corak uptrend yang dipaparkan pada carta harga EUR/USD untuk kembali menjunam sehingga mencecah zon sokongan 1.15000.

Pelabur juga akan memantau terhadap terbitan data PMI perkhidmatan AS tinjauan ISM yang akan diterbitkan pada malam ini yang bakal turut mempengaruhi pergerakan USD.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat