EUR/USD Gagal Kekal Momentum Lonjakan Harga Pada Awal Minggu

540

Setelah pamerkan penyusutan ketara susulan laporan NFP Jumaat lalu, US dolar dilihat gagal mengekalkan momentum penurunan pada pembukaan dagangan awal minggu ini.

Pasaran Amerika Syarikat (AS) juga ditutup pada Isnin sempena sambutan hari Kemerdekaan yang turut menyebabkan pergerakan perlahan harga.

Penganalisis berpandangan bahawa pelabur masih melihat terdapat ruang untuk Federal Reserve (Fed) mengetatkan dasar selepas unjuran kenaikan kadar pada tahun 2022 dan 2023 pada mesyuarat FOMC yang terbaru.

Minit mesyuarat FOMC pada minggu ini akan diteliti selain data-data ekonomi penting AS seperti PMI perkhidmatan tinjauan ISM akan menjadi tumpuan.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga bergerak mendatar di awal minggu gagal untuk meneruskan lonjakan yang dipamerkan pada Jumaat lalu.

Kenaikan harga semalam hanya mencapai paras ketinggian sekitar 1.18800 yang turut menjadi paras rintangan pada dagangan Khamis lalu.

Walaupun bergerak lemah, namun pergerakan di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD masih memberi isyarat untuk kenaikan harga.

Kenaikan harga masih dijangkakan untuk menguji zon rintangan 1.19000 sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi sekiranya US dolar kekal lemah.

Kenaikan boleh mencapai sehingga ke paras tumpuan pada 1.2000 yang dilihat sebagai zon SBR (support become resistance).

Namun jika kenaikan harga gagal bertahan dan harga menyambung semula penurunan, zon support pada 1.18000 akan kembali dituju semula.

Harga yang turun lebih rendah di bawah zon tersebut akan memberikan isyarat lebih jelas untuk harga terus bergerak dalam trend bearish.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat