EUR/USD Gagal Manfaat Peluang Meningkat Pada Penutup September

118

Tampaknya pengukuhan yang dipamerkan US dolar ketika penghujung dagangan September diakhiri dengan situasi suram apabila kembali melemah yang mungkin dipengaruhi oleh aktiviti profit taking.

Pelabur terus berwaspada untuk menantikan petunjuk oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell bagi jangkaan langkah pengetatan dasar dengan penilaian terhadap laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada minggu hadapan.

Meskipun begitu, Euro dilihat masih kekal lemah dan tidak berdaya untuk memanfaatkan peluang untuk meningkat semula di kala kebanyakan matawang utama yang lain melonjak berbanding USD.

Data pada sesi New York malam ini iaitu data PMI pembuatan AS tinjauan ISM bakal menjadi tumpuan para pelabur yang akan mempengaruhi pergerakan USD sebelum dagangan minggu ini berakhir.

Jika dinilai kepada carta harga pasangan matawang EUR/USD, pergerakan harga kekal memaparkan penurunan sehingga ke paras 1.15700 untuk mencatatkan paras terendah terbaharu 2021.

Harga dilihat telah pun menyusut melepasi paras 1.16000 dan kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) untuk isyarat pergerakan trend bearish harga.

Penurunan harga itu juga dilihat seperti memberi bayangan untuk menyusut lebih rendah dan mampu mencapai paras 1.15000 bagi melengkapkan corak double top pada rangka pergerakan mingguan.

Paras 1.15000 tersebut pernah menjadi rintangan harga pada kenaikan awal Mac lalu sebelum berjaya ditembusi pada dagangan Julai 2020.

Namun sekiranya harga kembali melonjak, zon SBR (support become resistance) 1.16000 dijangka akan diuji semula dan bakal dinilai oleh pelabur bagi menjangkakan arah pergerakan seterusnya.

Zon SBR berikutnya sekitar 1.17000 akan menjadi paras tumpuan untuk dituju yang merupakan paras yang kukuh diuji pada minggu lalu sebelum berjaya ditembusi pada awal dagangan minggu ini.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat