EUR/USD Gagal Teruskan Lonjakan Selepas Data Inflasi AS Menekan US Dolar

387

Pergerakan menarik harga disaksikan pelabur pada sesi New York Selasa semalam khususnya bagi mata wang US dolar yang menjadi tumpuan.

Data indeks harga pengguna Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Ogos mencatatkan bacaan 0.3% lebih rendah berbanding jangkaan penurunan 0.4% daripada bacaan sebelum ini pada 0.5%. Bacaan teras juga susut kepada 0.1% lebih rendah berbanding jangkaan untuk kekal pada 0.3%.

Kejatuhan kadar inflasi AS itu dilihat memudarkan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) melakukan pengetatan dasar dalam tempoh terdekat sekaligus memberi reaksi negatif pelabur terhadap dagangan US dolar.

Namun, penyusutan US dolar hanya sementara berikutan laporan terbaru beberapa pegawai Fed mencadangkan untuk bank pusat mengurangkan pembelian aset pada penghujung tahun.

Sementara menantikan mesyuarat FOMC pada minggu hadapan, mari lihat apa telah terjadi pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD setakat dagangan semalam.

Harga dilihat telah ketara melonjak pada awal sesi New York selepas menyentuh paras sokongan 1.18000 mencatatkan kenaikan sekitar 45 pips ke paras ketinggian 1.18450.

Namun harga dilihat mempamerkan penurunan semula sehingga ke penghujung sesi, kembali semula ke paras sokongan 1.18000 sebelum harga mendatar di paras tersebut bersambung di awal sesi Asia pagi ini (Rabu).

Jika paras 1.18000 masih berjaya menyokong kenaikan semula harga menuju penghujung minggu, pelabur mengharapan paras ketinggian pada lonjakan di sesi New York semalam berjaya harga atasi untuk ke paras lebih tinggi.

Dengan jangkaan US akan terus lemah, harga akan meneruskan kenaikan menguji zon rintangan 1.19000.

Sebaliknya jika desakan pegawai Fed untuk mengetatkan dasar lebih mempengaruhi pasaran, US dolar berkemungkinan akan pamerkan pengukuhan menjelang mesyuarat minggu hadapan.

Penurunan harga di bawah paras 1.18000 akan memberi isyarat awal untuk trend bearish sebelum harga menguji paras support awal minggu sekitar 1.17700.

Penurunan yang lebih rendah diteruskan dilihat akan menuju zon support pada 1.17000 untuk harga catatkan paras terendah terbaru 3 minggu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat