US dolar semakin didagangkan tak menentu ketika pasaran semakin menghampiri terbitan laporan data inflasi Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Julai.
Jangkaan pada angka ramalan pada indeks harga pengguna (CPI) terbaru bakal berubah dari trend sebelum ini, dengan ramalan angka meningkat dari paras 3.0% kepada 3.3%.
Data ini akan menjadi indikator penting buat Federal Reserve (Fed) dalam penetapan dasar selanjutnya ketika beberapa pandangan berbeza oleh ahli Fed sedang berlegar dalam pasaran.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-usd-gelisah-tunggu-cpi
Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, dapat diperhatikan pergerakan harga yang mendatar sepanjang sesi New York semalam menunjukkan pasaran yang sedang berwaspada.
Kenaikan yang dimulakan dari sesi Asia sebelumnya dilihat gagal untuk melepasi paras 1.10000 yang kekal menjadi rintangan buat harga.
Penganalisis juga memerhati pergerakan harga yang berlegar perlahan di garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD untuk mendapatkan petunjuk arah pergerakan selanjutnya.
Sekiranya harga membuat kenaikan dan melepasi rintangan pada 1.1000, harga bakal menuju ke paras ketinggian dicapai minggu lalu iaitu 1.10400 untuk mengujinya.
Jika tembus lebih tinggi, sasaran adalah untuk mencapai ketinggian pada penghujung Julai lalu iaitu sekitar 1.11400.
Namun sebaliknya jika harga menjunam pula, zon 1.09000 akan menjadi sokongan awal untuk diuji dan bakal memberi isyarat penting.
Sekiranya harga tembus melepasi zon tersebut, penurunan lebih rendah bakal menjangkakan harga menuju 1.08000 untuk paparkan pergerakan bearish lebih jelas.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG