EUR/USD Junam Di Awal Minggu, Trend Berubah Bearish?

130

US dolar berjaya memaparkan pengukuhan pada sesi New York semalam, masih lagi menunggang momentum positif pada laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada Jumaat lalu.

Walaupun majoriti pasaran melihat keperluan untuk Federal Reserve (Fed) melonggarkan sedikit pengetatan dasar sebelum ini, namun ada pelabur yang menjangkakan langkah pengetatan dasar masih boleh diteruskan.

Ini disebabkan bacaan laporan pekerjaan pada Mac pamerkan bacaan yang baik, menunjukkan ekonomi masih berjaya menyerap tekanan. Justeru, bank pusat masih mempunyai ruang untuk mengetatkan dasar bagi menurunkan inflasi ke paras sasaran.

Buat ketika ini, penganalisis melihat US dolar akan bergerak lebih baik namun tetap memberi amaran bahawa bila-bila masa sahaja raja mata wang itu akan kecundang semula.

Meneliti carta harga utama pasangan mata wang EUR/USD di awal minggu ini, harga yang pada mulanya mendatar di sesi-sesi awal sekitar zon 1.09000 kemudiannya telah menjunam di sesi New York sekitar 80 pips.

Isyarat bearish diterima dengan pergerakan harga yang gagal melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD menyaksikan harga kekal di bawahnya.

Penurunan telah mencecah sekitar 1.08300 sebelum harga melantun semula naik di penghujung sesi New York dan menyambung kenaikan di awal sesi Asia pagi ini (Selasa).

Namun, jika pergerakan harga masih kekal di bawah halangan MA50 hari ini, penurunan harga dijangka akan diteruskan lagi.

Seterusnya, harga dilihat akan menuju zon sokongan pada 1.08000 dan jika tembus lebih rendah, boleh mencecah hingga sekitar 1.07000.

Namun, situasi akan berubah apabila US dolar kembali bergerak lemah semula dalam pasaran dan menyaksikan lonjakan bakal berlaku pada carta harga.

Kenaikan yang melepasi zon 1.09000 dan halangan MA50 akan mencetus isyarat bullish untuk harga bergerak ke paras lebih tinggi semula.

Sasaran untuk dicapai adalah pada ketinggian 1.1000 yang dijangka bakal menjadi rintangan terbaru buat harga sekaligus merekodkan paras tertinggi terbaru 10 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat