Laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada Jumaat lalu telah memberi kesan pergerakan harga yang menarik dan agak mengejutkan pelabur.
Meneliti laporan, pertambahan pekerjaan pada bulan September adalah jauh lebih tinggi berbanding ramalan iaitu 336,000 daripada 171,000.
Purata pendapat per jam kekal pada 0.2% manakala kadar pengangguran kekal di paras 3.8% berbanding ramalan untuk turun kepada 3.7%.
US dolar kukuh sebaik sahaja laporan diterbitkan, namun kembali susut semula sehingga dagangan sesi terakhir tersebut ditutup.
Carta harga pasangan mata wang EUR/USD menunjukkan pergerakan volatile pada sesi tersebut.
Pada mulanya harga terjun dari paras sekitar 1.05600 hingga bawah paras 1.05000 ketika data NFP diterbitkan di awal sesi New York.
Namun, harga melantun naik semula di atas 1.05000 hingga menyentuh paras ketinggian 1.06000 dan harga perlahan di sekitar tersebut menutup dagangan minggu itu.
Pelabur menyaksikan perbezaan jarak (gap) pembukaan harga di awal minggu ini susulan tempias konflik perang Palestin-Israel di hujung minggu.
Harga dibuka sekitar paras 1.05500 namun masih kekal berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.
Sekiranya kenaikan harga diteruskan, paras 1.06000 akan diuji lagi sebagai rintangan untuk ditembusi.
Jika berjaya, kenaikan bakal berterusan menuju sasaran 1.07000 sementara memaparkan pergerakan trend bullish.
Namun jika harga kembali menjunam, paras sokongan pada 1.0500 akan kembali menjadi tumpuan untuk diuji.
Jika tembus lebih rendah, paras sokongan minggu sebelum ini sekitar 1.04500 dilihat akan kembali dicecah harga.
Lihat gambar carta harga pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG