US dolar dijangka akan meneruskan corak pengukuhannya pada pergerakan yang bersambung pada minggu ini walaupun momentum dilihat agak suram di penghujung minggu lalu.
Isyarat hawkish oleh Federal Reserve (Fed) selepas mesyuarat FOMC minggu lalu dijangka akan memberi kelebihan kepada US dolar, namun akan turut dipengaruhi data-data terbaru yang akan diterbitkan.
Pada minggu ini, bacaan akhir Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat (AS) akan diberi perhatian sebelum data indeks harga PCE akan menjadi tumpuan di penghujung minggu.
Sementara, mata wang Euro bakal akan terus mengalami tekanan dengan asakan oleh pengukuhan US dolar.
Data PMI pembuatan dan perkhidmatan Eropah yang diterbitkan pada Jumaat lalu juga dilihat menambah tekanan untuk Euro pulih kembali.
Justeru, pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga dijangka akan memaparkan corak penurunan lagi minggu ini.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-situasi-pasaran-usd-awal-minggu
Minggu lalu, harga telah berjaya mencapai ketinggian sekitar 1.07350 sebelum reaksi pada mesyuarat FOMC telah menjunamkan harga sehingga ke sekitar 1.06200.
Paras tersebut kekal menjadi paras terendah sehingga dagangan minggu itu berakhir.
Bersambung pada minggu ini, zon support 1.06000 dilihat menjadi tumpuan utama diuji dengan pergerakan semasa di sesi Asia pagi ini berlegar sekitar 1.06500.
Harga yang tertahan oleh halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD turut mencadangkan corak bearish harga masih akan berterusan.
Penurunan harga jika menembusi support 1.06000 bakal mencatatkan paras terendah terbaru 6 bulan dengan sasaran seterusnya untuk menuju sekitar 1.05000.
Sebaliknya jika harga menukar arah membuat kenaikan minggu ini, rintangan awal adalah pada 1.07000 yang perlu diuji.
Jika berjaya tembus, kenaikan harga berpotensi untuk mengatasi ketinggian dicapai minggu lalu sebelum menuju zon tumpuan pada 1.08000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG