EUR/USD Kekal Corak Kenaikan Sepanjang Minggu

489

US dolar kekal bergerak lemah menuju dagangan penghujung minggu dengan prestasi lemah ke paras terendah 7 minggu berbanding matawang utama yang lain berikutan pelabur masih optimis terhadap pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) untuk mencapai persetujuan.

Presiden Donald Trump serta Speaker Dewan Perwakilan Nancy Peloci dilihat semakin menghampiri persetujuan dengan kesediaan untuk menerima bantuan yang lebih besar walaupun ditentang oleh parti Republik beliau sendiri.

Pelosi turut optimis terhadap peluang pelaksanaan pakej bantuan terbaru tersebut walaupun menyedari agak sukar untuk dicapai sebelum pilihan raya.

Penyusutan US dolar telah memberi ruang untuk matawang utama yang lain untuk mencatatkan kenaikan pada minggu ini.

Matawang Euro turut didagangkan meningkat berbanding US dolar walaupun masih lagi dilihat berisiko berdasarkan perkembangan pasif ekonomi semasa.

Gelombang baru pandemik Covid-19 telah memberi kesan buruk terhadap pemulihan ekonomi Eropah dengan tambahan langkah sekatan pergerakan sedang dikaji untuk dilaksanakan.

Pada carta harga pasangan matawang EUR/USD masih mengekalkan corak kenaikan harga selepas lonjakan dipamerkan di awal minggu.

Kenaikan harga pada Rabu semalam telah melihatkan harga mencapai paras tertinggi terbaru 5 minggu selepas mengatasi paras rintangan minggu lalu.

Mencapai paras tertinggi terbaru sekitar 1.18800, harga kembali menutup dagangan sesi New York di paras sedikit rendah dan perlahan pada dagangan yang bersambung di sesi Asia pagi ini.

Harga yang kekal bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan di rangka masa 1 jam masih memberi indikasi trend bullish harga pada carta EUR/USD.

Kenaikan harga lebih tinggi bakal dijangkakan pelabur ke paras tumpuan pada resistance 1.19000 yang diuji pada dagangan September lalu.

Namun jika harga turun lebih rendah di bawah paras sokongan MA50, zon RBS (resistance become support) 1.18000 akan menjadi tumpuan harga semula.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat