EUR/USD Kekal Kenaikan Harga, Kembali Uji Paras SBR 1.13000

622

Jika dilihatkan pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD, harga masih berjaya mengekalkan kenaikan harga dan cenderung untuk terus membuat kenaikan ke paras lebih tinggi.

Namun, sentimen yang lemah buat Euro melihatkan harga sedikit bergelut untuk meneruskan kenaikan di samping mengambil kesempatan ke atas dagangan USD yang turut lemah.

Matawang USD akan menjadi tumpuan pada malam ini ekoran data pesanan barangan tahan lama dan juga data indeks harga pengeluar di Amerika Syarikat akan dikeluarkan pada jam 8.30 malam.

Harga pada chart EUR/USD dilihat telah membuat kenaikan dari paras terendah semasa sekitar paras 1.11750 pada minggu lalu sehingga ke paras SBR (support become resistance) pada 1.13000 dicapai pada dagangan semalam.

Dagangan hari ini pula melihatkan harga bergerak perlahan dan menyentuh paras Magic Pivot 1.1279 sebelum harga cuba membuat kenaikan semula pada sesi pasaran Eropah petang ini.

Kenaikan harga dilihat bakal melepasi paras ketinggian semalam dan menuju ke paras SBR 1.13300 berhampiran paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line.

Kenaikan lebih tinggi berkemungkinan mencecah ke paras 1.1371 (MagicR3) yang turut berada pada zon tumpuan harga dan kenaikan tersebut boleh mencapai lebih 100 pips pergerakan harga.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, paras support sekitar 1.1220 (MagicS2) berkemungkinan menjadi destinasi tumpuan harga untuk harga menguji paras tersebut dahulu sebelum turun ke paras lebih rendah.

Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda. Perhatikan juga paras tumpuan harga yang digariskan pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda menentukan paras support dan resistance yang terbaik.

Paras support: 1.1253, 1.1220, 1.1194.

Paras resistance: 1.1312, 1.1338, 1.1371.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat