EUR/USD Kekalkan Corak Bullish Terus Catat Ketinggian Terbaru

178

Terdapat perbezaan reaksi antara kedua-dua mata wang Eropah iaitu Euro dan Pound semalam selepas terbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan di Jerman dan UK.

Keseluruhan bacaan data mencatatkan angka yang sedikit menguncup walaupun masih berada di paras yang stabil.

Namun mata wang Euro berjaya mengekalkan momentum pengukuhan awal minggunya berbanding Pound yang merosot selepas terbitan data tersebut.

Ini adalah disebabkan Euro mendapat suntikan positif daripada ahli-ahli bank pusat Eropah (ECB) yang memberi petunjuk untuk kenaikan kadar sebanyak 50 mata asas menjelang mesyuarat polisi pada awal Jun.

Sementara US dolar pula kekal bergerak lemah walaupun dalam suasana yang masih berisiko namun dinilai mula menuju ke arah pemulihan.

Data PMI sektor ekonomi Amerika Syarikat (AS) turut sama mencatatkan bacaan kurang memberangsangkan dan terus gagal untuk memulihkan prestasi US dolar.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat mengekalkan corak kenaikan harga dan terus mencatatkan paras ketinggian terbaru.

Seperti yang dijangkakan, harga yang meneruskan kenaikan telah melepasi paras rintangan pada 1.07000 semalam dengan paras ketinggian terbaru dicapai hampir di paras 1.07500.

Dagangan yang bersambung pada sesi Asia pagi Rabu ini menunjukkan harga membuat sedikit penurunan di awal sesi bermula, namun pelabur masih menjangkakan harga bakal meneruskan kenaikan lebih tinggi lagi.

Untuk sasaran kenaikan seterusnya adalah menuju ke zon tumpuan 1.0800 di mana menjadi zon support harga pada dagangan pertengahan April sebelum harga berjaya menembusinya dan susut lebih rendah menuju penghujung bulan April lalu.

Mencapai paras tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru harga untuk tempoh dagangan 4 minggu.

Namun waspada sekiranya harga membuat penurunan di bawah paras 1.07000 dan melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD sebagai isyarat awal untuk perubahan trend harga.

Penurunan lebih rendah harga dilihat akan menuju zon RBS (resistance become support) pada 1.06000 untuk permulaan pergerakan trend bearish sebelum harga susut lebih rendah menuju pula sekitar 1.05000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat