Mata wang Euro berjaya mengekalkan prestasi baik untuk hari kedua minggu ini susulan US dolar masih didagangkan lemah.
Pada sesi New York semalam, data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) telah diterbitkan dengan bacaan kadar jualan pada September adalah baik berbanding ramalan.
Namun, US dolar sekadar mengukuh seketika sahaja pada awal data diterbitkan sebelum kembali susut semula didagangkan sehingga ke penutup sesi.
Pun begitu, pelabur tetap berwaspada dengan perubahan arah harga yang boleh berlaku dengan ketegangan konflik di Timur Tengah yang berlanjutan bakal pengaruhi pergerakan US dolar.
Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga yang telah jatuh ke paras 1.05000 pada penutup minggu lalu berjaya pulih semula minggu ini.
Kenaikan harga diteruskan pada Selasa semalam dilihat meneruskan corak di awal minggu dan pada sesi New York harga hampir mencapai paras 1.06000.
Corak pergerakan harga semasa dilihat masih dalam trend bullish di mana harga bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Jika kenaikan harga diteruskan lagi hari ini, paras 1.06000 sebagai rintangan semasa bakal diuji untuk ditembusi dan terus catatkan paras ketinggian terbaru minggu ini.
Sasaran seterusnya adalah pada ketinggian 1.06400 untuk diuji yang telah dicapai harga pada dagangan minggu lepas.
Jika penurunan pula yang berlaku, harga akan diperhatikan untuk tembusi sokongan MA50 yang akan menjadi isyarat untuk perubahan arah pergerakan harga.
Penurunan yang diteruskan bakal menuju paras sokongan pada 1.05000 yang menjadi tumpuan beberapa minggu ini.
Penurunan lebih rendah seterusnya dijangka akan memberi reaksi pada zon 1.04500 seperti pada dagangan awal Oktober lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG