US dolar mengekalkan pengukuhan sehingga dagangan penghujung minggu dengan suasana kebimbangan yang masih lagi melanda pasaran.
Data tuntutan faedah pengangguran Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada sesi New York semalam menunjukkan bacaan bagi minggu sebelum ini adalah lebih rendah berbanding ramalan.
Ini menambahkan sokongan terhadap US dolar menyusuli data tinjauan sektor perkhidmatan yang memberangsangkan diterbitkan pada Rabu.
Namun, walaupun masih mengekalkan pengukuhan, momentum US dolar semakin pudar dengan pelabur semakin berhati-hati dengan risiko pada dagangan di penghujung minggu ini.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-gold-menjelang-hujung-minggu#t=0:00
Seperti yang diperlihatkan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga susut ke paras terendah terbaru lagi di sesi New York semalam, namun corak penurunan tidak begitu ketara dipaparkan.
Zon 1.07000 diuji namun harga dilihat bergelut untuk menembusinya dengan harga sedikit melantun semula pada dagangan yang bersambung di sesi Asia pagi ini (Jumaat).
Mata wang Euro dijangka akan terus berdepan tekanan setelah data pertumbuhan ekonomi Eropah yang dikemaskini menurun untuk suku kedua 2023.
Sekiranya harga jatuh lebih rendah di bawah zon 1.07000, penurunan boleh diteruskan lagi hingga menuju sasaran pada 1.06000.
Ini akan terus mencatatkan rekod terendah terbaru harga untuk tempoh dagangan 6 bulan.
Namun jika harga melonjak menembusi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu, akan menjadi isyarat perubahan trend semula.
Kenaikan harga bakal menuju ke paras 1.08000 yang dilihat sebagai rintangan untuk diuji semula oleh harga.
Seterusnya, barulah zon tumpuan minggu lalu pada 1.08800 dan 1.09000 akan disasarkan untuk dicapai pada kenaikan yang diteruskan lebih tinggi.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG