Berbeza berbanding corak positif yang dipaparkan pada Rabu lalu, US dolar kembali bergerak lemah semula sepanjang dagangan Khamis semalam.
Penganalisis menjangkakan berlaku aktiviti pengambilan untung oleh pemain pasaran menjelang mesyuarat FOMC selepas pengukuhan ketara US dolar ketika acara pilihan raya.
Federal Reserve (Fed) menepati jangkaan menurunkan kadar faedah kepada 4.75%, namun pemotongan lebih kecil iaitu sebanyak 25 mata asas berbanding September yang lebih agresif.
Namun, US dolar tidak memberi reaksi yang ketara selepas pengumuman kadar faedah tersebut setelah paparkan penyusutan pada sesi-sesi sebelumnya.
Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat berjaya memulih semula pada Khamis semalam selepas terjunan 250 pips harga pada Rabu lalu.
Harga mendaki semula dari zon 1.07000 pada kejatuhan yang dicecahnya itu, untuk mencapai semula ke zon 1.08000.
Pergerakan harga perlahan di sekitar tersebut menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Jumaat) sementara isyarat awal perubahan trend mula diperhatikan.
Harga mula bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD, namun masih awal untuk menentukan trend bullish untuk berlaku.
Sekiranya gagal untuk harga teruskan kenaikan lanjut, penurunan harga berkemungkinan akan kembali menuju zon support 1.07000 semula.
Penurunan lebih rendah jika diteruskan akan beralih sasaran ke zon tumpuan berikutnya yang berada pada 1.06000.
Namun jika harga berjaya melonjak lebih tinggi di atas zon 1.08000, kenaikan dilihat akan menuju sekitar 1.09000.
Untuk kenaikan lebih tinggi, paras ketinggian sekitar 1.09500 yang dicapai sebelum terjunan berlaku pada Rabu lalu akan cuba untuk diatasi oleh harga.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Sertai peraduan Lucky Draw Saracen dan menangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan. Hanya perlu deposit $50 untuk sertai. KLIK DI SINI – DAFTAR DAN MENANG HADIAH MENARIK