Pergerakan harga di carta pasangan mata wang EUR/USD pada penghujung minggu lalu dilihat lebih mendatar selepas corak penurunan berterusan yang telah dipaparkan dari awal minggu.
Momentum pengukuhan US dolar sedikit pudar menuju dagangan sesi-sesi akhir, namun penganalisis telah memberi amaran terhadap situasi tersebut.
Tekanan pengukuhan berterusan US dolar itu telah mengheret nilai Euro jatuh ke paras paling rendah tahun ini.
Jika diperhatikan pada EUR/USD, kejatuhan yang dipamerkan pada minggu lalu mencecah paras 1.05000 pada Khamis sebelum harga mendatar pada Jumaat.
Ini merupakan paras terendah harga catatkan sejak dagangan November 2023 dengan zon 1.05000 menjadi support semasa buat harga ketika ini.
Kenaikan harga yang cuba dipaparkan pada Jumaat lalu dilihat gagal untuk menyentuh paras 1.06000 sebelum berundur turun untuk menutup dagangan lebih rendah semula.
Harga berlegar di sekitar 1.05300 pada pembukaan awal minggu ini dan kekal berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut, menunjukkan isyarat yang kekal bearish.
Jangkaan terhadap kecenderungan untuk pengukuhan lanjut US dolar pada minggu ini merisikokan kejatuhan harga yang lebih dalam.
Sekiranya harga susut bergerak di bawah support 1.05000, trend bearish minggu lalu akan diteruskan untuk harga catatkan paras terendah terbaru lagi.
Sasaran penurunan lanjut harga adalah menuju zon sekitar 1.04000.
Namun jika lonjakan kukuh harga dipaparkan sehingga melepasi rintangan 1.06000, akan menjadi isyarat awal bagi perubahan trend harga.
Kenaikan jika dilanjutkan lebih tinggi boleh mencapai semula hingga paras 1.07000 dan seterusnya ke 1.08000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG