EUR/USD Lengkapkan Corak Kenaikan Harga Sepanjang Minggu Ini

443

Carta harga bagi pasangan matawang EUR/USD memaparkan kenaikan untuk hari kelima berturut-turut sejak minggu lalu selepas gagal tembusi zon support pada paras 1.07800.

Menteri Kewangan Jerman yang mempertimbangkan untuk sekatan pelonggaran perbelanjaan fiskal telah menyokong kenaikan harga pada dolar Euro.

Namun pengukuhan dolar Euro adalah lebih berdasarkan dagangan US dolar yang sedang menyusut dalam pasaran berikutan jangkaan penurunan kadar oleh Federal Reserve sehingga 3 kali.

Selain itu juga, Amerika Syarikat telah mengeluarkan amaran terhadap rakyatnya untuk membuat persiapan menghadapi penularan wabak Coronavirus ke negara ekonomi terbesar dunia tersebut.

Namun, Presiden A.S dalam ucapannya menyatakan bahawa risiko terhadap COVID-19 masih di tahap yang rendah. Berkemungkinan juga tindakan tersebut adalah langkah untuk mengurangkan panik.

Dagangan EUR/USD telah melepasi kenaikan lebih tinggi dari paras 1.08800 sebelum ini. Penurunan harga ketika data jualan rumah baru di Amerika Syarikat diterbitkan semalam nyata gagal menyokong pengukuhan US dolar walaupun bacaan data adalah positif.

Harga yang turun menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) kemudian kembali membuat kenaikan semula.

Bersambung pada sesi Asia pada pagi ini, harga yang memulakan dagangan sekitar paras 1.08800 kemudiannya telah membuat kenaikan melepasi paras ketinggian yang dicapai semalam dan menuju paras 1.09200 di mana zon SBR (support become resistance) tersebut akan diuji.

Jika harga gagal tembusi kenaikan ke paras lebih tinggi, harga akan menyambung semula siri penurunan harga yang berlaku sejak awal Februari lalu.

Penurunan akan menuju semula zon-zon penting sebelum ini seperti di paras 1.08800 dan 1.08300 pada paras yang lebih rendah.

Namun jika harga terus membuat kenaikan, beberapa zon SBR seterusnya akan menjadi tumpuan harga yang dilihat pada sekitar 1.09500 atau lebih tinggi menuju paras 1.09700.

Pelabur akan memberi tumpuan pada data pertumbuhan GDP Amerika Syarikat untuk suku keempat 2019 yang akan diterbitkan pada sesi New York malam nanti.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat