EUR/USD Masih Mahu Catatkan Paras Ketinggian Terbaru Lagi Di Penghujung Minggu

243

Penilaian pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) menerusi bacaan data Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) untuk suku pertama adalah lebih suram pada terbitan di sesi New York semalam.

Bacaan GDP kedua tersebut mencatatkan angka yang lebih merosot berbanding bacaan awal yang diterbitkan pada bulan lalu.

Ini terus mendorong pergerakan lemah buat mata wang US dolar kekal berterusan semalam di samping faktor sentimen pasaran yang dinilai sedikit memulih selepas indeks-indeks utama Wall Street catatkan kenaikan mingguan terbesar sejak pertengahan Mac lalu.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga kembali paparkan corak kenaikan semula semalam selepas penurunan harga berlaku pada dagangan Rabu lalu.

Petunjuk pergerakan bullish dihadam oleh pelabur selepas harga kembali bergerak di atas paras 1.07000 dan melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD.

Kenaikan harga dilihat diteruskan bersambung pada awal sesi Asia pagi ini (Jumaat) mengatasi paras ketinggian yang dicapai pada Selasa lalu.

Paras tertinggi terbaru untuk tempoh 4 minggu akan dicatatkan dengan sasaran untuk kenaikan lebih tinggi harga akan menuju zon tumpuan pada 1.08000.

Sebaliknya, jika berlaku penurunan harga semula, harga yang susut kembali di bawah paras 1.07000 akan memberikan isyarat perubahan trend bearish.

Penurunan lanjut harga akan menguji paras sokongan sekitar 1.06500 sebelum meneruskan penurunan menuju ke zon RBS (resistance become support) pada 1.06000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

\

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat