EUR/USD Melonjak 80 Pips Sebelum Laporan NFP AS

539

Sentimen pasaran yang dilihat beransur pulih telah memberi tekanan terhadap mata wang US dolar di samping pelabur menantikan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) untuk bulan April yang akan diterbitkan pada sesi New York hari ini (Jumaat).

Pertambahan pekerjaan di AS dijangka untuk meningkat hampir 1 juta pada April, lebih tinggi berbanding angka yang dicatatkan bulan Mac, sementara kadar pengangguran diunjurkan menurun kepada 5.8% daripada 6.0%.

Walaupun laporan tersebut dijangka positif, namun US dolar terus susut lebih ketara pada dagangan Khamis semalam memberi kelebihan kepada mata wang utama yang lain dalam pasaran untuk meningkat.

Seperti pergerakan harga pada carta pasangan EUR/USD, setelah momentum penurunan harga dipaparkan sejak penghujung minggu lalu semakin perlahan pada trend bearish, harga telah melonjak agresif dan memberi petunjuk awal untuk perubahan trend bakal berlaku.

Ini adalah kerana harga yang mendatar pada paras sokongan 1.20000 telah melonjak melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga dan juga melepasi garisan trendline yang terbentuk pada corak penurunan harga.

Lonjakan harga sekitar 80 pips semalam telah kembali semula ke zon SBR (support become resistance) 1.20600-1.20900.

Pergerakan harga dijangka akan berlegar perlahan pada zon tersebut sehingga sesi Eropah sebelum pergerakan lebih agresif pada sesi New York.

Jika harga terus melonjak, zon resistance 1.21500-1.21800 seterusnya akan menjadi sasaran sekiranya laporan pekerjaan NFP berikan bacaan yang merosot dan mendorong penyusutan nilai US dolar.

Namun, jika angka bacaan menepati ramalan atau lebih baik, US dolar dijangka akan mengukuh dan menekan semula harga ke paras sokongan 1.20000.

Harga yang menembusi paras 1.20000 seterusnya bakal menuju pula sehingga ke zon support pada 1.19000 untuk meneruskan trend bearish sebelum ini.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat