Walaupun sedikit mula susut pada dagangan penutup sesi terakhir minggu lalu, namun US dolar dijangka akan menyambung lagi corak pengukuhan pada minggu ini.
Ini adalah kerana pasaran masih kekal melihat arah penetapan dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed) di fasa pengetatan berdasarkan data-data ekonomi yang diterbitkan minggu lalu.
Data sektor pembuatan dan perkhidmatan serta Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat (AS) akan dipantau selain minit mesyuarat FOMC, yang bakal mempengaruhi perjalanan dagangan US dolar minggu ini.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/waspada-usd-ini-minggu-bergelora
Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga telah dilihat memaparkan penurunan sehingga mencecah paras terendah terbaru 6 minggu sekitar 1.06100 pada sesi New York Jumaat lalu.
Namun, harga melonjak semula ke paras tumpuan 1.07000 pada penutup dagangan sesi tersebut.
Membuka dagangan di awal minggu ini, harga berlegar perlahan di bawah zon 1.07000 dan meniti di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan di carta EUR/USD tersebut.
Sekiranya kenaikan berjaya diteruskan di atas paras 1.07000, berkemungkinan harga mampu menuju sehingga ke paras 1.08000.
Reaksi harga akan diperhatikan dengan jangkaan paras rintangan tersebut akan menjadi tumpuan diuji harga.
Namun dengan jangkaan US dolar yang cenderung untuk kukuh minggu ini, penurunan harga akan dijangkakan menuju ke zon 1.06000.
Penurunan lanjut yang menembusi zon tersebut dilihat akan menuju pula ke sekitar 1.05000 untuk catatkan paras terendah terbaru.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG