Mata wang Euro papar prestasi paling cemerlang pada dagangan minggu lalu apabila berjaya melonjak mencapai paras tertinggi 5 minggu berbanding US dolar.
Ini didorong oleh tindakan bank pusat European Central Bank (ECB) yang menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke paras 4.00% pada mesyuarat terbaru minggu lalu.
Mengukuhkkan Euro, Presiden ECB Christine Lagarde memberi isyarat untuk beberapa kali lagi kenaikan kadar faedah akan dilaksanakan oleh bank pusat dalam usaha untuk menurunkan inflasi menuju ke paras sasaran.
US dolar alami minggu yang suram dengan penyusutan berterusan sepanjang minggu lalu dengan terbitan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bercampur-campur.
Federal Reserve (Fed) telah bertindak menghentikan kenaikan kadar faedah pada mesyuarat terbaru, namun menjadi peringatan buat pelabur bahawa situasi bakal berubah selepas ini susulan kenyataan hawkish Fed untuk menaikkan kadar faedah menuju penghujung 2023 nanti.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-di-awal-minggu
Meneliti carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga telah mencapai ketinggian 1.09700 pada Jumaat lalu setelah lonjakan bermula dari zon 1.08000 di hari sebelumnya.
Trend bullish harga masih dikekalkan dengan pergerakan menaik itu terus berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Jika kenaikan masih berjaya diteruskan di awal minggu ini, paras 1.10000 dilihat akan menjadi tumpuan utama bakal diuji harga.
Jika tembus melepasinya, harga akan meneruskan kenaikan ke paras ketinggian sekitar 1.10700 pula selain mencatatkan paras tertinggi terbaru 6 minggu.
Namun, jika harga sudah mula berpatah arah membuat terjunan di bawah paras sokongan MA50, ini akan menjadi petanda awal untuk perubahan trend selain pelabur bersedia untuk pengukuhan US dolar.
Harga jika ditekan lebih rendah dilihat akan menuju ke zon 1.08000 yang bakal menjadi sokongan sementara buat harga dan reaksi di zon tersebut akan dinilai.
Penurunan lanjut yang diteruskan akan menguji pula paras 1.07000 yang berada di paras lebih rendah.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG