EUR/USD Melonjak Semula Beri Petunjuk Perubahan Trend Harga

787

US dolar kembali bergerak susut dari paras tertinggi 3 bulan yang dicapai berbanding beberapa mata wang utama sementara Euro paparkan prestasi cemerlang pada dagangan Khamis semalam.

Sentimen pasaran berisiko yang memberi petanda kelembapan pertumbuhan global telah mengalihkan tumpuan pelabur ke arah aset lebih selamat menyaksikan beberapa mata wang safe-haven seperti Yen dan Swiss franc mengukuh.

Namun, situasi tersebut gagal dimanfaatkan oleh US dolar berikutan tekanan pada kejatuhan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang berlegar di paras 1.30%.

Tumpuan pada sesi Eropah semalam, European Central Bank (ECB) telah mengubah sasaran inflasi kepada 2% dengan ucapan oleh Presiden Christine Lagarde menjangkakan unjuran inflasi yang stabil untuk tempoh masa sederhana.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah kembali melonjak semula dari zon support 1.18000 mencatatkan kenaikan harian sekitar 80 pips ke paras 1.18600.

Kenaikan harga yang melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu juga telah memberi isyarat awal untuk perubahan trend harga semula.

Kenaikan harga dilihat akan diteruskan untuk menuju ke paras rintangan 1.19000 pada zon SBR (support become resistance) yang telah diuji pada Selasa lalu.

Kenaikan lebih tinggi melepasi zon tersebut akan terus memberi isyarat lebih jelas bagi trend bullish semula pada carta EUR/USD untuk jangkaan sasaran seterusnya ke paras 1.20000.

Sebaliknya jika harga kembali menjunam semula, zon support 1.18000 akan diuji sekali lagi untuk pelabur menilai reaksi harag pada zon tersebut.

Sekiranya harga berjaya tembus lebih rendah, penurunan akan dijangkakan menuju ke paras sokongan sekitar 1.17200 untuk meneruskan trend bearish harga pada minggu sebelum ini.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat