EUR/USD Mendaki 100 Pips Di Kala Penutup Dagangan Minggu Lalu

405

Tampaknya harga pada carta pasangan matawang EUR/USD menampilkan pendakian garang melebihi 100 pips bagi kembali mencapai zon SBR (support become resistance) 1.13000 pada dagangan Jumaat.

Pendakian tersebut juga seakan sedang membuat HH (higher high) yang terbaharu untuk isyarat trend bullish dan diperkukuh lagi setelah harga sudah melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50).

Akan tetapi memasuki ke pembukaan dagangan di sesi Asia hari ini (Isnin), harga kelihatan masih tidak berupaya dalam tembusi zon SBR berkenaan lebih awal untuk jatuh semula dengan membentuk ‘gap’.

Matawang USD nampaknya gagal bagi mengekalkan prestasi terbaik sebagai raja matawang setelah berlaku sedikit aktiviti pengambilan untung (profit taking) di kala penutup dagangan pada minggu lalu.

Lantaran itu, ia telah menyebabkan USD kembali lemah yang juga dihantui oleh hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) yang memberi kejutan dengan kejatuhan parah sehingga ke bawah paras 1.50%.

Menjadi tumpuan bagi matawang Euro pula adalah terhadap penerbitan data inflasi yang akan diterbitkan esok (Selasa) bagi mengambil kira aspek dalam menilai kepada pengukuhan nilai Euro.

Penganalisis mengeluarkan jangkaan bahawa pergerakan harga berkemungkinan bakal menuju ke paras sekitar 1.12600 bagi membuat HL (higher low) dalam menyokong trend bullish harga yang lebih kukuh.

Yakni pengukuhan seterusnya berkebarangkalian akan kembali membuat percubaan untuk mengatasi zon SBR 1.13000 dan kemudian dijangka bakal mampu menuju ke zon SBR 1.14000 untuk kekal bullish.

Namun andai kata pergerakan harga tidak berjaya untuk meneruskan lonjakan yang lebih garang, zon sokongan 1.12000 dan paras terendah sejak Julai 2020 sekitar 1.11900 dijangka bakal dicecah semula.

Sejajar dengan faktor itu, pelabur turut meletakkan sasaran yang lebih rendah daripada zon tersebut jikalau harga meneruskan penurunan untuk sekali gus bakal merekod paras terendah yang terbaharu.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat