Pergerakan tak menentu di awal minggu terus menambahkan kerisauan para pelabur dalam pasaran yang semakin hampir menanti berlangsungnya mesyuarat FOMC pada minggu ini.
Majoriti masih mengekalkan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 5.25% pada mesyuarat terbaru ini untuk pertama kali sejak Januari 2022, namun apa-apa situasi boleh berlaku.
US dolar yang bergerak susut di sesi Eropah semalam kembali menunjukkan pengukuhannya pada sesi New York, namun masih awal untuk pelabur tentukan arah pergerakan yang jelas.
Berbeza berbanding Euro, bank pusat Eropah (ECB) dijangka untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke paras 4.00%.
Ini dilihat akan memberi kelebihan kepada mata wang Euro untuk mencari ruang untuk meningkatkan semula nilainya dalam pasaran.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-menanti-cpi-as#t=0:00
Jika diperhati pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah bergerak di bawah paras 1.08000 untuk tempoh 2 minggu ini, setelah kejatuhan 3 minggu berturut-turut sebelumnya.
Sebelum berlaku kejatuhan, harga telah berjaya capai ketinggian 1.10900 pada dagangan penghujung April dan awal Mei lalu.
Pada sesi Eropah semalam, kenaikan berjaya dipaparkan mencapai sekitar 1.07900 sebelum harga menjunam semula di sesi New York.
Harga yang mencecah sekitar 1.07450 telah bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD.
Paras tersebut diuji kembali pada dagangan yang bersambung di awal sesi Asia pagi ini (Selasa) dengan harga berlegar di sekitar 1.07600.
Sekiranya berlaku lonjakan semula, berjaya mengatasi ketinggian semalam akan mendorong harga menguji rintangan pada zon 1.08000.
Melepasi rintangan itu seterusnya menjangkakan kenaikan bakal diteruskan menuju pula zon tumpuan pada 1.09000.
Namun jika harga memilih arah untuk menurun ke bawah, melepasi paras 1.07400 akan memperlihatkan harga menuju ke paras 1.07000.
Susut lebih rendah akan mengubah sasaran seterusnya yang berada pada zon 1.06000, dijangka akan menjadi support terbaru buat harga.
Pelabur menantikan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada sesi New York malam nanti sebelum berdepan mesyuarat FOMC pada awal Khamis.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG