EUR/USD Mendatar Di Awal Minggu, Pelabur Jangka Penurunan Akan Diteruskan

346

Sentimen pasaran berisiko terus menghantui pasaran di awal minggu ini dengan perkembangan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine yang berpanjangan dan rundingan pusingan ketiga yang berlangsung dilihat masih berakhir dengan suram.

Kesukaran untuk mengurangkan tekanan terhadap pasaran kewangan pada waktu ini akan terus memberi kelebihan terhadap dagangan safe-haven seperti US dolar yang mempamerkan pengukuhan di awal minggu selain emas dilihat berlegar di paras ketinggian terbaru.

Pengukuhan US dolar dalam situasi risk-off akan terus memberi tekanan terhadap pergerakan mata wang utama yang lain dalam pasaran khususnya Euro.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD pada Isnin semalam menyaksikan harga bergerak mendatar dengan paras terendah terbaru harga hampir menyentuh paras 1.0800.

Momentum pengukuhan US dolar berjaya dikekalkan selepas laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan kukuh Jumaat lalu, mendorong harga terus bergerak dalam trend bearish di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Paras 1.0800 masih menjadi zon support buat harga ketika ini, namun penganalisis melihat kecenderungan harga untuk meneruskan penurunan lebih rendah bakal menembusi zon tersebut.

Penurunan lanjut harga dijangka untuk menuju pula ke paras 1.07000 untuk terus mencatatkan paras terendah terbaru lagi selepas kali terakhir harga mencecah ke paras tersebut pada Mac 2020 lalu.

Sekiranya penurunan harga berakhir dan harga pamerkan corak kenaikan awal melepasi halangan MA50, pelabur perlu bersedia untuk perubahan trend bullish harga semula.

Kenaikan awal harga dilihat akan menguji rintangan pada 1.1000 sebelum kenaikan yang diteruskan akan menguji pula zon SBR (support become resistance) sekitar 1.11300 dan seterusnya ke paras tumpuan 1.12000.

Bagi mata wang Euro, pelabur juga berwaspada menantikan keputusan mesyuarat polisi bank pusat Eropah (ECB) pada Khamis ini.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat