Pergerakan harga di awal minggu semalam bercampur dengan mata wang USD dolar suram gagal paparkan arah yang jelas.
Euro turut bergerak perlahan ketika pelabur berhati-hati menantikan keputusan mesyuarat polisi bank pusat Eropah (ECB) minggu ini.
Pelabur ingin mendapatkan petunjuk seterusnya daripada Presiden ECB Christine Lagarde apabila tiada kenyataan berkenaan penurunan kadar faedah disampaikan sebelum ini.
Pada minggu hadapan pula, tumpuan akan terarah kepada mesyuarat FOMC untuk pasaran mengetahui jawapan sebenar untuk penetapan dasar monetari di awal 2024 ini.
Meneliti carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga bergerak perlahan semalam dalam julat 30 pips di antara paras 1.09100 dan 1.08800.
Menyambung dagangan pada sesi Asia hari ini (Selasa), harga masih berlegar di zon 1.09000 tersebut dan turut dilihat menguji garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Sekiranya harga semakin susut ke bawah dari zon 1.09000, penurunan harga berkemungkinan boleh melepasi lebih rendah dari paras minggu lalu pada 1.08500.
Dilanjutkan penurunan, harga bakal cecah ke sekitar 1.08000 untuk catatkan paras terendah terbaru 6 minggu.
Sementara, jika harga membuat kenaikan pula dari zon 1.09000, sasaran adalah untuk mencapai kembali ketinggian 1.10000.
Paras tersebut kekal menjadi rintangan sasaran untuk diuji harga selepas dagangan pada minggu sebelum ini dilihat gagal melepasinya.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG