US dolar menamatkan dagangan pada minggu lalu dengan prestasi yang baik disokong oleh faktor sentimen pasaran yang berisiko memberi kelebihan kepada mata wang safe-haven itu.
Namun, walaupun bergerak positif, US dolar tidak menunjukkan pengukuhan yang begitu ketara dengan pergerakan pada penghujung minggu dilihat lebih mendatar.
Tumpuan pasaran minggu ini adalah menantikan berlangsungnya acara tahunan Simposium Jackson Hole yang akan menghimpunkan individu-individu penting dalam dunia kewangan dan boleh memberi petunjuk baru kepada para pelabur.
Beberapa data penting seperti PMI pembuatan dan perkhidmatan serta tuntutan faedah pengangguran Amerika Syarikat (AS) dilihat boleh memberi kesan terhadap pergerakan US dolar.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-tumpuan-awal-minggu-21
Pada carta pasangan mata wang EUR/USD minggu lalu, harga yang telah jatuh di bawah zon 1.09000 berlegar perlahan dengan paras terendah dicecah pada Jumaat adalah sekitar 1.08500.
Harga juga kekal di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut yang masih menunjukkan isyarat trend bearish.
Untuk jangkaan bagi penurunan harga jika diteruskan lagi pada minggu ini, paras 1.08000 masih kekal sebagai sasaran terhampir untuk diuji.
Mencecah paras tersebut akan mencatatkan paras terendah terbaru 10 minggu dan sekiranya harga susut lebih rendah, sasaran akan beralih ke paras 1.07000.
Namun, jika harga paparkan lonjakan pada minggu ini, rintangan awal yang bakal diuji adalah pada zon 1.09000 selepas melepasi paras MA50.
Kenaikan lebih tinggi akan diteruskan selepas isyarat perubahan trend dengan paras 1.10000 menanti untuk disentuh harga semula.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG