EUR/USD Mendatar, Tapi Sedikit ‘Terhenjut’ Ketika Reaksi Data NFP

210

US dolar dilihat memberi reaksi positif pada penerbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu.

Pertambahan pekerjaan pada bulan Mac yang lebih rendah berbanding Februari bagaimanapun adalah sedikit baik iaitu 236,000 berbanding ramalan.

Lebih positif adalah purata pendapatan per jam tepati ramalan meningkat kepada 0.3% sementara kadar pengangguran turun kepada 3.5% berbanding jangkaan untuk kekal di paras 3.6% setelah melonjak sebelum ini.

Justeru, bacaan terbaru ini dilihat tidak terlalu menekan bank pusat yang dijangkakan perlu memperlahankan lagi dasar monetari. Data inflasi pula akan dinilai minggu ini.

US dolar mengukuh sebaik data diterbitkan, namun momentum mengendur semula pada penutup sesi terakhir dagangan minggu tersebut.

Meneliti carta harga pasangan mata wang EUR/USD, pergerakan harga pada penghujung minggu lalu dilihat lebih mendatar selepas corak kenaikan yang dipamerkan di awal minggu gagal diteruskan.

Setelah memberi reaksi pada laporan data NFP, harga perlahan semula menutup dagangan di sekitar 1.09000.

Menyambung pembukaan sesi Asia di awal minggu ini, harga yang masih bergerak di sekitar paras penutupan tersebut dilihat berlegar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD untuk berikan petunjuk awal pergerakan harga.

Sekiranya momentum pengukuhan US dolar masih berbaki, harga berkemungkinan akan susut sedikit rendah dan boleh diteruskan hingga mencecah paras sokongan pada 1.08000.

Melepasi lebih rendah dari paras tersebut akan menjadi isyarat bearish buat harga dan sasaran penurunan lebih rendah boleh dijangkakan.

Sebaliknya jika harga mula melonjak di awal minggu ini, akan memberi petanda awal corak kenaikan sebelum ini akan bersambung semula.

Sasaran masih pada paras rintangan 1.10000 yang dilihat bakal diuji untuk harga mencatatkan paras ketinggian terbaru 10 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat