EUR/USD Meningkat Di Sesi Eropah Semalam Selepas Presiden Ukraine Percaya Perang Tidak Akan Berlaku

419

Sentimen pasaran yang dilihat cuba untuk memulih pada sesi Eropah semalam tidak bertahan lama apabila risiko terus menyelubungi pasaran dengan pelabur tetap berwaspada mengikuti perkembangan krisis Rusia-Ukraine yang berlarutan.

Walaupun Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy membuat kenyataan bahawa beliau percaya perang tidak akan berlaku. Namun, cubaan untuk meredakan kebimbangan itu tidak berjaya ekoran pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dan Eropah pula turut campur tangan dengan mengenakan sekatan ke atas Rusia.

Justeru, sentimen pasaran kembali berisiko pada sesi New York semalam menunjukkan sedikit pengukuhan semula US dolar setelah berlaku penyusutan pada raja mata wang tersebut pada sesi sebelumnya.

Meneliti carta harga pasangan mata wang utama EUR/USD semalam, dapat dilihat harga mempamerkan peningkatan pada sesi Eropah namun ditekan semula pada sesi New York.

Penganalisis masih menilai pergerakan harga berada dalam trend bearish dengan jangkaan penurunan harga bakal bersambung lagi sementara perkembangan krisis Rusia-Ukraine masih dipantau.

Penurunan harga kekal dijangka untuk menuju zon sekitar 1.12700-1.12500 untuk memberi reaksi penting bagi petunjuk pergerakan harga selanjutnya.

Penurunan lebih rendah akan menuju ke paras sekitar 1.12000 sebelum meneruskan penurunan lanjut mencecah ke zon support 1.11300.

Untuk jangkaan kenaikan harga pula, zon SBR (support become resistance) pada 1.14000 akan diuji yang setakat ini masih menjadi rintangan buat harga sejak minggu lalu.

Kenaikan lebih tinggi bakal menuju semula ke zon rintangan pada 1.14800 yang telah diuji sejak awal Februari namun masih belum berjaya harga tembusi.

Lihat gambar carta harga pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat