EUR/USD Menjunam 70 Pips Catat Paras Terendah Terbaru 2021!

370

Matawang US dolar tampaknya telah tewas untuk mengekalkan pengukuhan meskipun penerbitan data laporan pekerjaan ADP NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan pada bacaan yang memberangsangkan di sesi New York semalam.

Namun bacaan ADP NFP AS yang mencatatkan bacaan positif itu serba sedikit akan memberi bayangan kepada pelabur terhadap data laporan pekerjaan NFP pada Jumaat ini dengan bacaan yang meningkat.

Pengukuhan yang dipamerkan oleh USD pada semalam nampaknya tidak dapat diteruskan berikutan kenyataan pemimpin Senat Republikan, Mitch McConnell mengenai had siling hutang (debt ceiling).

Meninjau kepada carta harga pasangan matawang EUR/USD, pergerakan harga telah menampilkan terjunan menghampiri 70 pips pada sesi Asia dan memasuki ke sesi Eropah pada semalam.

Terjunan yang dipamerkan turut mencatatkan paras terendah yang pernah dicatatkan sepanjang tenpoh 15 bulan sejak Julai 2020 di paras sekitar 1.15300 sebelum sedikit meningkat pada penghujung sesi.

Penurunan tersebut telah menyangkal trend kenaikan yang dipersembahkan pada penghujung pasaran minggu lalu dan kembali melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada timeframe 1 jam.

Pergerakan harga yang lebih rendah berkemungkinan mampu mencecah zon sokongan 1.15000 yang merupakan zon rintangan yang paling sukar untuk ditembusi.

Zon sokongan selanjutnya pada paras 1.14000 dijangka akan menjadi tumpuan sekiranya paras 1.15000 berjaya dilepasi dan seterusnya akan sekali lagi mencatatkan paras terendah yang terbaharu bagi 2021.

Sekiranya harga kembali melonjak, penganalisis menjangkakan harga mungkin akan kembali menuju ke zon SBR (support become resistance) 1.16000 yang telah diuji berkali-kali namun masih tidak berjaya ditembusi.

Menembusi zon SBR tersebut, pergerakan harga seterusnya dijangka bakal menuju ke zon SBR yang lebih tinggi sekitar 1.17000 yang masih kekal menjadi zon tumpuan para pelabur.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat