EUR/USD Menjunam Selepas Keputusan Mesyuarat ECB

378

US dilihat mengukuh pada dagangan sesi New York semalam dengan sentimen risk-off pasaran. Pasaran Wall Street pamerkan penurunan dan meningkatkan semula kebimbangan pelabur.

Pelabur juga akan lebih berhati-hati untuk dagangan US dolar menjelang mesyuarat polisi bank pusat Amerika Syarikat (FOMC) pada minggu hadapan.

Sementara mata wang Euro seperti dijangkakan memberikan aksi menarik susulan keputusan mesyuarat polisi bank pusat Eropah (ECB) semalam.

ECB mengekalkan kadar faedah dan masih meneruskan program pembelian bon kerajaan pada kadar yang pantas dan tiada perbincangan untuk mengurangkannya.

Presiden ECB Christine Lagarde sedar akan petunjuk ekonomi kea rah pemuliha, namun unjuran jangka masa pendek masih lagi suram. Akitivit-aktiviti firma diharapkan untuk pulih selepas ini.

Memberi reaksi terhadap keputusan mesyuarat ECB, mata wang Euro kembali menjunam selepas bergerak positif pada mulanya di awal sesi Eropah.

Pada carta harga pasangan EUR/USD, harga pada mulanya membuat kenaikan di atas paras 1.20600 menguji sekali lagi zon resistance tersebut pada minggu ini.

Kemudiannya harga telah menjunam sekitar 70 pips jatuh semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga memberi isyarat untuk permulaan trend bearish.

Penurunan harga walau bagaimanapun disokong oleh paras 1.20000 pada zon RBS (resistance become support) seperti penurunan yang dipamerkan pada Rabu.

Selepas mencecah paras 1.20000, harga bergerak perlahan sehingga dagangan bersambung ke sesi Asia pada Jumaat.

Halangan MA50 akan diuji dan dijangkakan untuk harga kembali menyambung penurunan pada hari ini di bawah zon RBS 1.2000 menuju zon tumpuan seterusnya pada 1.19500.

Sekiranya kenaikan harga dipamerkan, zon resistance pada 1.20600-1.20900 akan terus diuji sebelum harga meneruskan kenaikan lebih tinggi sehingga ke paras 1.21500.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat