Mata wang Euro alami kejatuhan mendadak di sesi Eropah semalam susulan data PMI yang diterbitkan tampil dengan angka yang merosot untuk bulan Ogos.
Aktiviti pembuatan di Jerman catat bacaan lebih rendah berbanding ramalan dengan menguncup untuk 14 bulan berturut-turut sementara sektor perkhidmatan pula catatkan penguncupan pertama dalam tempoh 8 bulan iaitu di bawah paras 50 mata.
Namun Euro dilihat kembali pulih semula di sesi New York disebabkan bacaan data yang sama untuk Amerika Syarikat (AS) diterbitkan, juga dengan bacaan angka yang ‘merah’.
Aktiviti perkhidmatan AS berkembang pada kadar yang paling perlahan dalam tempoh 6 bulan manakala pembuatan juga catat angka yang lebih rendah berbanding ramalan.
Justeru, penyusutan yang berlaku pula ke atas US dolar telah meningkatkan semula nilai Euro yang alami kejatuhan sebelumnya itu.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/data-pmi-merah-3-matawang-berdarah#t=0:00
Diperhati pada carta pasangan mata wang EUR/USD untuk dagangan Rabu semalam, harga telah menjunam di sesi Eropah dari paras 1.08700 hingga hampir menyentuh 1.08000 sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru 2 bulan.
Seperti yang dijangka, berlaku reaksi menarik harga di zon penting itu apabila harga melonjak semula di sesi New York susulan data yang diterbitkan.
Harga berjaya kembali semula naik ke paras terjunan awalnya iaitu 1.087000 dan harga mendatar di sekitar tersebut sehingga ke penghujung sesi New York sambil menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu.
Jadi apa jangkaan untuk pergerakan harga selanjutnya menuju penghujung minggu ini?
Sekiranya kenaikan semula berjaya dipaparkan, harga yang melepasi halangan MA50 akan menguji kembali zon 1.09000 untuk ke paras lebih tinggi.
Kenaikan yang dilanjutkan boleh mencapai semula paras tumpuan sebelum ini berada pada 1.10000.
Namun, jika harga membuat terjunan semula, masih lagi zon 1.08000 akan menjadi tumpuan untuk diuji yang kini menjadi support buat harga.
Jika akhirnya harga turun tembusi 1.08000, penurunan lebih rendah akan dijangkakan menuju pula paras 1.07000 untuk rekod terendah terbaru 11 minggu.
Lihat gambar carta pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG