Pergerakan harga yang tak menentu sehingga semalam telah dijangkakan oleh penganalisis dan para pelabur juga kekal berwaspada dari awal minggu.
Tumpuan kini sedang terarah kepada data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada sesi New York malam nanti.
Jangkaan kadar inflasi terbaru dengan angka yang meningkat boleh mencetuskan keraguan untuk Federal Reserve (Fed) beralih kepada pelonggaran dasar monetari.
Adakah US dolar bakal kukuh? Atau menjunam parah?
US dolar pada Rabu semalam kembali didagangkan lemah setelah paparkan pemulihan pada hari sebelumnya.
Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, kelihatan harga membuat kenaikan di sesi New York sehingga ke paras 1.09700 di penghujung sesi.
Harga turut melepasi semula halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut untuk memberi isyarat awal perubahan trend bullish.
Kenaikan perlahan diteruskan di sesi Asia pagi ini (Khamis) melihatkan harga menuju ke paras rintangan 1.1000 yang menjadi tumpuan sejak minggu lepas.
Jika rintangan tersebut akhirnya ditembusi selepas ini, pergerakan bullish harga itu boleh mendorong lonjakan mencapai hingga sekitar 1.11000.
Sebaliknya, jika situasi semasa menyaksikan harga menjunam jatuh semula, support terhampir adalah pada zon 1.08800 seperti yang dicecah pada Jumaat lalu.
Tembus lebih rendah akan membawa penurunan lanjut menuju zon tumpuan berikutnya pada 1.08000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG