Meneliti bacaan data tuntutan faedah pengangguran (unemployment claims) mingguan di Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York semalam, angka yang diterbitkan ‘merah’, lebih tinggi iaitu 228,000 daripada jangkaan 200,000.
Walaupun bacaan untuk minggu lalu menurun daripada 246,000 bacaan yang dikemas kini meningkat itu (sebelumnya 198,000), namun angka yang lebih tinggi daripada jangkaan yang rendah itu menambahkan lagi kemerosotan pada komponen pekerjaan.
Pun begitu, seperti situasi sebelum ini, US dolar masih berjaya bertahan daripada susut lebih rendah walaupun pergerakan di sesi New York agak bercampur.
Mata wang utama lain termasuk Euro masih berpeluang untuk meraih peningkatan dengan jangkaan US dolar masih berada pada landasan penyusutannya.
Dagangan Euro sedikit disokong oleh terbitan data pengeluaran perindustrian Jerman yang catat angka bacaan positif diterbitkan pada sesi Eropah semalam.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-menjelang-data-nfp
Carta harga pasangan mata wang EUR/USD jika diperhatikan memaparkan coral pergerakan yang agak mendatar.
Berlegar di atas paras 1.08900 semalam, paras rintangan harian adalah 1.09300 dengan pergerakan dalam julat sekitar 40 ke 50 pips.
Harga juga dilihat perlahan di sekitar paras Moving Average 50 (MA50) yang masih belum memberi petunjuk yang jelas bagi pergerakan harga selanjutnya di penghujung minggu ini.
Tumpuan pasaran akan terarah pada laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York sebentar lagi untuk mendapatkan arah yang lebih jelas.
Sekiranya kenaikan harga berlaku, paras rintangan pada 1.10000 menanti untuk diuji dan harga berpotensi untuk melonjak lebih tinggi jika US dolar mengalami kesan penyusutan yang lebih ketara.
Harga bakal catat paras ketinggian terbaru 12 bulan sebelum sasaran mula beralih ke zon 1.12000 pula.
Namun jika harga menjunam, paras sokongan pada 1.08000 akan diperhatikan sama ada mampu untuk menahan harga daripada jatuh lebih rendah.
Gagal melantukan semula harga, penurunan bakal diteruskan menuju paras-paras tumpuan dagangan minggu-minggu sebelum ini sekitar 1.07000 dan 1.06000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG