EUR/USD Mula Menunduk Ke Bawah, Petanda Corak ‘Bearish’ Bermula?

143

Penganalisis menilai bakal berlaku perubahan corak harga pada carta-carta utama minggu ini setelah isyarat pergerakan mata wang US dolar.

Selepas tidak meneruskan penyusutan seperti minggu lalu, US dolar mula paparkan pemulihan semula dengan pengukuhan awal dilihat pada dagangan sesi New York semalam.

Pasaran berkemungkinan kembali memberi fokus kepada dasar monetari Federal Reserve (Fed) selepas nada hawkish mesyuarat FOMC minggu lalu.

Seperti ahli Fed yang lain, Presiden Fed Minneapolis Neel Kashkari yang melontarkan pandangannya turut bernada hawkish di mana beliau melihat kadar faedah perlu dikekalkan lebih lama susulan inflasi belum mencapai sasaran.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan EUR/USD, paras 1.08000 kekal menjadi rintangan buat harga selepas lonjakan pada minggu lalu menguji paras tersebut.

Pada sesi New York semalam, harga mula bergerak turun di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut dan mencetuskan isyarat awal perubahan trend bearish.

Penurunan harga walaupun perlahan dilihat masih diteruskan sehingga ke sesi Asia pagi ini (Rabu) mencecah sekitar 1.07400 setakat jam 11 pagi waktu tempatan.

Dengan corak yang sedang dipaparkan, harga dijangka akan menyambung penurunan lebih rendah menuju pula sekitar 1.07000.

Jika tembus melepasi paras itu, sasaran penurunan berikutnya adalah pada zon support 1.06000.

Namun, jika harga kembali melantun membuat kenaikan semula, rintangan 1.08000 menjadi paras tumpuan untuk diuji harga.

Sekiranya berjaya harga tembusinya, paras ketinggian terbaru akan dicatatkan dengan sasaran kenaikan lebih tinggi harga adalah untuk menuju 1.09000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat