Perubahan arah harga berlaku pada dagangan Selasa semalam menyaksikan US dolar kembali pulih semula dari penyusutan di awal minggu.
Penganalisis tidak melihat faktor yang konkrit menyokong pengukuhan US dolar melainkan spekulasi yang berlegar dalam pasaran berkenaan penetapan dasar monetari Federal Reserve (Fed).
Petunjuk yang dinantikan adalah data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada Khamis untuk pasaran menilai bersama data pekerjaan NFP yang telah diterbitkan.
Carta harga pasangan mata wang EUR/USD melihatkan pergerakan harga yang mendatar, namun corak kenaikan di awal minggu tidak berjaya diteruskan.
Harga yang meningkat menghampiri paras 1.09800 pada sesi New York Isnin lalu dilihat gagal untuk menyentuh paras tumpuan 1.10000.
Harga papar penurunan perlahan sepanjang Selasa semalam mencecah paras 1.09100 di sesi New York.
Pergerakan harga yang kembali susut di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu kembali mencadangkan untuk trend bearish di penghujung 2023 lalu diteruskan semula.
Penurunan harga dilihat akan mencecah sekali lagi zon 1.08800 yang diuji pada dagangan Jumaat lalu ketika reaksi data NFP diterbitkan.
Jika harga terus menjunam ketara melepasi zon tersebut, pergerakan bearish yang dipaparkan itu bakal menuju hingga ke sasaran zon 1.08800.
Sebaliknya, jika harga berjaya lonjak semula di atas halangan MA50, kenaikan berkemungkinan diteruskan untuk cuba mencapai semula paras 1.10000.
Selepas berjaya rintangan tersebut ditembusi, barulah kenaikan lebih tinggi boleh dijangkakan untuk harga papar pergerakan bullish menuju sasaran baru pada 1.11000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG