EUR/USD Pamer Penurunan Ke Paras Lebih Rendah Berbanding Minggu Lalu

366

US dolar mencatatkan kenaikan ke paras tertinggi 2 minggu pada pembukaan pasaran dagangan awal minggu ini untuk mengekalkan momentum pada penghujung minggu lalu.

Menjelang mesyuarat FOMC pada minggu hadapan, pelabur kembali berpendapat bahawa Federal Reserve (Fed) mungkin akan keluar daripada polisi pelonggaran dan melakukan ‘tapering’ iaitu mengurangkan pembelian aset.

Data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada sesi New York hari ini akan menjadi tumpuan yang boleh memberikan petunjuk terhadap keputusan mesyuarat FOMC.

Dengan pengukuhan US dolar, harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD telah susut lebih rendah pada sesi Eropah semalam mencecah paras 1.17700.

Namun pada sesi New York, harga dilihat meningkat semula di atas paras 1.18000 tetapi kenaikan terhalang pada paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD.

Gagal melepasi halangan tersebut masih memberikan isyarat bearish dan pelabur akan menjangkakan penurunan harga akan diteruskan semula.

Sekiranya harga menyambung semula penurunan, paras terendah harian semalam akan dilepasi sebelum harga menuju ke paras support 1.17000.

Namun jika harga tidak meneruskan penurunan semalam sebaliknya membuat kenaikan di atas paras MA50, pelabur akan melihat sebagai isyarat perubahan trend bullish untuk kenaikan lebih tinggi harga.

Kenaikan harga bakal menuju ke zon rintangan 1.19000 yang telah diuji pada minggu-minggu sebelum ini yang masih menghalang harga ke paras lebih tinggi.

Melepasi zon rintangan tersebut akan mendorong kenaikan harga menuju paras ketinggian pada 1.2000 selepas kali terakhir harga jatuh di bawah paras tersebut pada Jun lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat