EUR/USD Pamer Penurunan Semula Selepas Lonjakan 80 Pips

558

Matawang US dolar bergerak turun dan naik pada dagangan semalam dipacu oleh sentimen pasaran semasa. Dengan sentimen yang semakin positif, US dolar bergerak susut pada sesi Asia dan Eropah namun mula menunjukkan pengukuhan semula pada sesi New York.

Walau bagaimanapun pengukuhan US dolar dilihat terhad susulan data tinjauan keyakinan pengguna di Amerika Syarikat (A.S) diterbitkan dengan bacaan yang lemah.

Pelabur bakal lebih berhati-hati menjelang data pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) A.S bagi bacaan awal suku pertama 2020. Tumpuan lebih utama akan terarah pada mesyuarat FOMC awal pagi Khamis yang bakal memacu arah pergerakan dagangan US dolar.

Matawang Euro masih lagi didagangkan berhati-hati sementara pelabur terus mengikuti perkembangan pelaksanaan pakej ransangan di Eropah. European Central Bank (ECB) telah mengumumkan jangkaan peningkatan terhadap permintaan kredit kecemasan pada suku kedua.

Data ekonomi pada sesi Eropah hari ini juga akan memberi impak terhadap dagangan Euro dengan terbitan data inflasi Jerman dan lain-lain. Pelabur akan lebih memberi tumpuan pada mesyuarat dasar monetari ECB pada Khamis.

Secara teknikal, pergerakan harga bagi matawang Euro dan US dolar pada carta pasangan EUR/USD, harga menunjukkan lonjakan 80 pips mencapai paras ketinggian sekitar 1.0888 pada sesi Eropah sebelum harga kembali pamerkan penurunan semula pada sesi New York.

Harga kembali menguji semula zon RBS (resistance become support) di sekitar paras 1.0820 selepas turun lebih rendah di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada penghujung sesi dagangan semalam.

Namun, sesi Asia pada pagi ini menunjukkan harga kembali membuat kenaikan semula sekitar 30 pips ke paras 1.0850 setakat jam 10.00 pagi waktu tempatan.

Dengan jangkaan penyusutan US dolar yang berterusan, harga bakal menguji sekali lagi paras ketinggian yang dicapai semalam sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Kenaikan seterusnya dilihat akan menuju zon SBR (support become resistance) di atas paras 1.0920.

Namun jika penurunan harga kembali berlaku, paras support mingguan pada 1.0810 akan diuji sebelum penurunan selanjutnya akan menuju zon support sekitar 1.0730.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat