USD Melemah Menjelang Penerbitan Data Ekonomi AS Dan Mesyuarat Polisi Fed

302

Sesi pasaran Asia memperlihatkan US dolar didagangkan lebih rendah berbanding sekumpulan matawang utama menjelang penerbitan laporan pertumbuhan ekonomi (GDP) AS dan mesyuarat polisi monetari Federal Reserve (Fed).

Laporan pertumbuhan GDP bagi suku pertama tahun 2020 akan memberi gambaran pertama mengenai seberapa teruk ekonomi Amerika Syarikat terjejas akibat wabak pandemik coronavirus dengan jangkaan penguncupan sehingga -3.9% daripada 2.1% pada suku terakhir 2019.

Dolar Aussie terus memanjangkan pengukuhannya berbanding US dolar selepas penerbitan data inflasi Australia bagi suku pertama 2020 menunjukkan bacaan memberangsangkan. Ini juga menunjukkan prestasi bulanan terbaik bagi dolar Aussie dalam tempoh 4 tahun.

Dolar kiwi pula didagangkan meningkat 0.6% berbanding US dolar, menandakan peningkatan tertingginya dalam tempoh satu minggu.

Bagaimanapun, peningkatan matawang agak terbatas berikutan pelabur yang berhati-hati menjelang mesyuarat polisi FOMC pada awal pagi ini dan Bank Pusat Eropah (ECB) pada hari Khamis (waktu Malaysia) untuk mendapatkan petunjuk.

Pelabur akan memberi perhatian sama ada Fed akan memberikan petunjuk mengenai langkah yang akan diambil selanjutnya selepas ia bertindak mengurangkan kadar faedah dan melaksanakan pembelian bon tanpa had bagi melindungi ekonomi daripada kesan COVID-19 sebelum ini.

Tumpuan pelabur turut terarah kepada rancangan Amerika Syarikat untuk melonggarkan sekatan dan memulihkan ekonomi ketika kes jangkitan coronavirus di negara itu telah melepasi angka 1 juta sementara kematian pula meningkat kepada 58,955 nyawa.

Selain itu, euro juga diniagakan meningkat menjelang mesyuarat polisi ECB pada Khamis. Dalam satu kenyataan pada Selasa, Suruhanjaya Eropah menetapkan pakej baru sebagai pemulihan pantas yang menawarkan pelepasan modal bagi menyokong pinjaman tambahan bernila $490 bilion kepada syarikat yang terkesan akibat COVID-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat