Kesatuan Eropah Tawarkan Pemulihan Pantas Untuk Mengatasi Kesan Pandemik!

269

Pegawai eksekutif Kesatuan Eropah pada hari Selasa telah mengeluarkan kenyataan mengenai langkah pemulihan kesan dari pandemik Covid-19. Berdasarkan kenyataan, para eksekutif berpendapat bahawa Bank harus mengekang bonus mereka sebagai langkah untuk meningkatkan keupayaan mereka untuk membantu perniagaan dan isi rumah yang dilanda krisis Covid-19.

Suruhanjaya Eropah menetapkan pakej baru sebagai pemulihan pantas yang menawarkan pelepasan modal yang akan menyokong pinjaman tambahan yang bernilai sehingga $490 bilion kepada syarikat-syarikat yang terhimpit akibat impak daripada wabak Covid-19.

Pelonggaran modal dan peraturan perakaunan ini dijangka akan bersifat sementara dan pakej tersebut perlu dipersetujui oleh negara-negara EU dan Parlimen Eropah selewat-lewatnya pada bulan Jun bagi mendapat kesan pemulihan yang optimal.

Mereka berpendapat bahawa pengawal selia bank harus menahan sebentar dariapda memberi dividen. Disisi lain, bank-bank seperti UniCredit dan Deutsche Bank telah melaporkan terdapat peningkatan peruntukan untuk pinjaman buruk ketika kemelesetan ekonomi berikutan perintah berkurung.

Pakej hari Selasa menawarkan fleksibiliti dalam bagaimana peruntukan dihitung bagi mengelak daripada meningkatkanya pinjaman yang buruk disebabkan kesan daripada pandemik. Langkah ini merupakan usaha kolektif yang bertujuan untuk mengurangkan dampak pandemik.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat