EUR/USD Pamer Sedikit Kenaikan, Pelabur Yakin Untuk Pergerakan ‘Bullish’ Harga?

163

Pasaran memulakan pergerakan di awal minggu ini dengan perlahan mengiringi nada berhati-hati dengan jangkaan gelora yang bakal menanti di penghujung minggu.

Pelabur dilihat mengambil langkah tunggu dan lihat pada ketika ini, berwaspada menunggu keputusan beberapa mesyuarat polisi bank pusat yang akan berlangsung pada Khamis ini dengan tumpuan utama terarah pada FOMC.

Federal Reserve (Fed) dijangka untuk meneruskan kenaikan kadar faedah agresif dengan mengekalkan peningkatan 75 mata asas kadar untuk kali ketiga berturut-turut.

US dolar pada dagangan awal Isnin semalam menyaksikan pergerakan positif pada sesi Asia namun mula suram di sesi Eropah. Di sesi New York, US dolar mula menunjukkan penyusutan nilainya semula.

Situasi tersebut kembali memberi ruang kepada mata wang utama yang lain untuk ‘bernafas’ kembali selepas ditekan pada sesi-sesi sebelumnya oleh US dolar.

Seperti yang diperhatikan pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga masih dinilai bergerak dalam zon mendatar dengan penurunan harga yang bermula sejak awal sesi Asia telah mencecah sekitar 0.99700.

Dan bersambung pada sesi berikutnya, harga melantun semula membuat kenaikan dan berjaya melepasi paras pariti 1.0000 untuk menutup dagangan sesi New York sekitar 1.00200.

Harga yang bergerak smula di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD kembali memberikan isyarat awal untuk harga memulakan corak pergerakan bullish.

Pergerakan harga perlahan menyambung dagangan sesi Asia di pagi Selasa ini, namun ada corak kenaikan yang dipaparkan walaupun pada kadar yang perlahan.

Sekiranya kenaikan berjaya diteruskan pada sesi-sesi dagangan berikutnya, rintangan pada ketinggian 1.01000 dilihat menjadi sasaran awal untuk diuji harga.

Seterusnya harga yang meneruskan kenaikan lebih tinggi berkemungkinan akan mencapai semula paras ketinggian minggu lalu sekitar 1.01900.

Sebaliknya jika harga kembali susut semula memasuki zon mendatar sebelum ini, paras sokongan pada 0.99500 bakal diuji setelah harga bergerak di bawah paras pariti 1.0000.

Penurunan lanjut harga melepasi 0.99500 dilihat akan menuju pula ke zon support utama yang berada pada 0.98800.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat