EUR/USD Perlahan, Harga Bakal Junam Bawah Paras $1.0700?

132

Pergerakan pasaran menuju penghujung minggu masih bercampur dengan pelabur terus menghadam pandangan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell tentang dasar monetari yang agak mengelirukan.

Selepas laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan kukuh, Powell dilihat tidak begitu ketara mengubah unjurannya terhadap kadar faedah dengan menjangkakan inflasi akan mengalami penurunan tahun ini.

Namun US dolar tetap berjaya memaparkan sedikit pengukuhan pada dagangan sesi New York semalam ekoran pandangan hawkish oleh beberapa pegawai Fed.

Presiden Fed New York, John Williams yang menilai sektor buruh AS yang kukuh berpendapat kenaikan kadar faedah perlu diteruskan mencapai 5.00%-5.25%.

Berbeza berbanding isyarat dari Eropah apabila pegawai-pegawai European Central Bank (ECB) menyatakan bahawa bank pusat masih perlu meneruskan langkah pengetatan dasar dengan menaikkan kadar faedah.

Namun, mata wang Euro dilihat gagal untuk menyerlah pada dagangan semalam yang menyaksikan pergerakan harga masih tewas kepada US dolar.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga menunjukkan pergerakan bercampur dalam julat 50 pips di antara paras 1.07600 dan 1.07100.

Penurunan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) semula pada pergerakan di rangka masa 1 jam carta EUR/USD tersebut di penghujung sesi New York, memberi isyarat bearish buat harga.

Penurunan harga berkemungkinan akan diteruskan sekiranya harga susut di bawah paras 1.07000 dan akan menguji paras terendah dicecah pada Selasa lalu sekitar 1.06700.

Namun jika harga berjaya melonjak pada dagangan penghujung minggu ini, kenaikan bakal menuju ke paras 1.08000 untuk harga menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.

Lanjutan kenaikan lebih tinggi akan mendorong harga menuju semula zon-zon tumpuan minggu sebelum ini sekitar 1.09000 dan zon rintangan 1.1000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat