EUR/USD Sambung Melonjak Ke Paras Tertinggi 2 Minggu

383

Data tuntutan pengangguran AS yang meningkat serta penurunan pada hasil perbendaharaan AS telah menambahkan tekanan buat dagangan US dolar di penghujung minggu.

Situasi ini telah memberi ruang untuk kebanyakan mata wang utama lain dalam pasaran untuk mengukuh terutamanya mata wang Euro.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD telah meneruskan peningkatan ke paras tertinggi 2 minggu setelah melepasi paras rintangan 1.19000 semalam.

Gabenor bank pusat Austria, Robert Holzmann mengatakan bahawa European Central Bank (ECB) berkemungkinan akan mula mengurangkan pembelian bon (tapering) pada musim panas nanti dan bakal menyokong pengukuhan semula mata wang Euro.

Dagangan Khamis semalam melihatkan harga kembali melonjak selepas menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sebelum menembusi rintangan 1.19000 pada sesi New York.

Hampir menyentuh paras ketinggian 1.19300, harga susut semula dan bergerak perlahan sehingga bersambung pada dagangan sesi Asia pagi Jumaat.

Harga sedikit menurun dan pelabur akan menunggu reaksi harga pada paras 1.19000 yang dilihat sebagai zon RBS (resistance become support) yang baru.

Berkemungkinan dengan penyusutan US dolar yang berterusan, harga akan menyambung semula kenaikan untuk mencatatkan paras ketinggian terbaru minggu ini dengan sasaran destinasi seterusnya adalah pada 1.2000.

Sekiranya harga susut di bawah zon 1.19000 dan juga paras sokongan MA50, pelabur perlu bersedia untuk situasi penurunan harga semula pada carta EUR/USD.

Penurunan awal dijangka ke paras sekitar 1.18400 sebelum ke zon RBS (resistance become support) 1.18000 yang menyokong lonjakan harga di awal minggu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat