Situasi mula berubah sedikit pada dagangan menuju ke penghujung minggu apabila pelabur memberi reaksi terhadap data ekonomi Amerika Syarikat (AS) terbaru diterbitkan semalam.
Pembukaan sesi New York semalam, data jualan runcit AS untuk bulan Julai diterbitkan dengan bacaan angka yang meningkat mengatasi ramalan.
Ini menunjukkan tahap perbelanjaan pengguna masih lagi baik dan telah mengurangkan kebimbangan terhadap risiko kemelesetan global yang melanda pasaran minggu lalu.
US dolar paparkan pengukuhan di awal sesi New York semalam ketika data tersebut diterbitkan bersama laporan tuntutan faedah pengangguran yang baik, sebelum melemah sedikit di penutup sesi.
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, corak kenaikan harga mula terbantut selepas ketinggian terakhir dicapai pada minggu ini sekitar paras 1.10470.
Harga telah membuat penurunan di bawah paras 1.10000 semula sehingga mencecah 1.09500 ketika reaksi data diterbitkan semalam.
Namun, ada lantunan semula harga sebelum menutup dagangan penghujung sesi sekitar 1.09700 dan mendatar di sekitar tersebut pada pembukaan awal sesi Asia pagi ini.
Terjunan harga di bawah garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu memberi isyarat untuk perubahan trend bearish bermula.
Harga berkemungkinan melanjutkan penurunan lebih rendah untuk menuju zon tumpuan sebelum ini sekitar 1.09000 semula.
Namun jika penurunan tidak berlaku, kenaikan harga pula dijangka untuk menguji paras 1.10000 sebagai rintangan paling hampir.
Jika kenaikan lebih tinggi berjaya diteruskan dan turut melepasi halangan MA50, harga berkemungkinan akan kembali memberi isyarat untuk menyambung semula pergerakan bullish sebelum ini.
Lihat gambar carta harga pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG