EUR/USD Susut Ke Paras Terendah Terbaru 3 Minggu!

433

Pengukuhan ketara US dolar menuju penghujung sesi New York telah menekan kebanyakan mata want utama yang lain dalam pasaran.

Data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada sesi New York semalam mencatatkan angka bacaan tinggi bagi bulan Ogos mengatasi jangkaan dan bacaan bulan sebelumnya.

Pelabur memberi reaksi positif terhadap laporan data tersebut mencetuskan semula jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) melaksanakan pengetatan polisi sekaligus menyokong pergerakan US dolar dalam pasaran.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga menunjukkan penurunan sejak sesi Asia sehingga mencatatkan paras terendah terbaru 3 minggu dengan penurunan harian sekitar 70 pips dicatatkan.

Penurunan harga mencecah sekitar 1.17500 pada sesi New York sebelum pergerakan harga mendatar di atas paras tersebut bersambung ke sesi Asia pagi Jumaat.

Jangkaan kenaikan semula harga akan menguji rintangan pada paras 1.18000 sebelum harga menyambugn penurunan lebih rendah.

Zon support pada 1.17000 dijangka akan menjadi tumpuan pada penurunan harga yang diteruskan berkemungkinan bersambung pada dagangan minggu berikutnya.

Sebaliknya jika harga melonjak melepasi rintangan 1.18000 dan memberi isyarat perubahan trend bullish harga semula, kenaikan harga dijangka untuk menuju semula zon rintangan pada 1.19000 yang telah diuji pada minggu-minggu sebelum ini.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat