Pengukuhan lanjut US dolar yang diteruskan pada dagangan Selasa semalam semakin mengheret Euro jatuh ke paras terendah terbaru.
Situasi tersebut juga didorong oleh kebimbangan isu tarif ke atas zon Eropah ketika peralihan pentadbiran White House yang baharu diterajui semula Donald Trump.
Namun, tumpuan pasaran pada ketika ini akan terarah kepada terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang bakal diterbitkan pada sesi New York malam ini.
Jangkaan untuk angka inflasi pada Oktober untuk meningkat semula boleh memberi sokongan tambahan kepada US dolar.
Pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga telah mencecah ke zon support tumpuan yang dijangka penganalisis iaitu pada 1.06000.
Penurunan harga yang dipamerkan itu dilihat sedikit melepasi paras yang dicatatkan pada April lalu sekaligus menjadi paras terendah terbaru sejak dagangan November 2023.
Setelah mencecah zon 1.06000 tersebut, harga sedikit melantun sebelum mendatar di sekitar tersebut bersambung sehingga ke sesi Asia pagi Rabu ini.
Pergerakan harga walau bagaimanapun kekal bergerak dalam trend bearish di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.
Kecenderungan adalah untuk harga meneruskan lagi penurunan lebih rendah, namun perlu melepasi dahulu support 1.06000.
Penurunan lanjut harga yang diteruskan selepas ini akan mengalihkan sasaran ke paras tumpuan berikutnya sekitar 1.05000.
Namun akan memberi isyarat perubahan trend sekiranya harga mula membuat lonjakan dari zon 1.06000 dan melepasi halangan MA50.
Untuk kenaikan lebih tinggi yang mahu diteruskan, rintangan pada 1.07000 bakal diuji sebelum melanjutkan pendakian harga menuju pula 1.08000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Sertai peraduan Lucky Draw Saracen dan menangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan. Hanya perlu deposit $50 untuk sertai. KLIK DI SINI – DAFTAR DAN MENANG HADIAH MENARIK